Friday 14 October 2016

Selamat Datang Ke Blog Pendidikan Bahasa Melayu Cikgu Syarifah Mariam AlMazhir !


PENGENALAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta bahasa dan sastera . Semoga anda semua berada dalam sihat wal'afiat . Blog ini adalah blog pendidikan dan di khaskan kepada subjek Bahasa Melayu. Saya merupakan mahasiswi AT05 atau lebih dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Pengajian saya disini selama empat tahun dan terima kasih diucapkan kerana mengunjungi blog ini . Doakan kejayaan saya !


TUJUAN

Tujuan blog ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu pada peringkat menengah atas iaitu Tingkatan Enam. Blog ini dapat memberi pengetahuan serba sedikit tentang subtopik-subtopik dalam subjek bahasa Melayu. Namun begitu, para pelajar perlu juga mencari sumber yang lebih utama seperti buku dan menjadikan blog Bahasa Melayu ini sebagai rujukan sampingan . 


HARAPAN

Harapan saya semoga blog ini bermanfaat dan dapat membantu anda bakal bakal pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu . Semoga cemerlang kita bukan hanya di dunia tetapi juga diakhirat . Selamat berjuang pelajar-pelajar Prauniversiti !

    Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI , Tanjung Malim .