Tuesday 6 December 2016

Thursday 24 November 2016

SAMBUTAN HARI KANTIN SEKOLAH YANG MENGGALAKKAN !!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA .

Semoga semua sihat dan dalam rahmat Allah.

Pada tahun ini sekolah cikgu telah menganjurkan Program Hari Kantin. Sambutan Hari Kantin ini boleh dikatakan sangat menggalakkan. Hal ini kerana, ramai pelajar dan keluarga mereka datang sekali ke program ini untuk memeriahkan lagi suasana program. Kalau anda nak tahu, kutipan wang hasil daripada jualan kiosk-kiosk yang diterajui oleh persatuan-prsatuan di sekolah ini hampir mencecah 4k . Tahniah diucapkan kepada para pelajar Sekolah Bukit Rahman Putra yang telah berusaha menggembleng tenaga demi menjayakan program Hari Kantin 2016 ini.

Sila tonton video Hari Kantin di bawah : 








SELAMAT MAJU JAYA !





Friday 18 November 2016

VIDEO PENGAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU ( KLAUSA NAMA )


VIDEO : PENGAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU ( KLAUSA ) OLEH CIKGU SYARIFAH MARIAM ALMAZHIR






PADA MINGGU YANG LEPAS SAYA TELAH MERAKAMKAN VIDEO PENGAJARAN INI UNTUK PARA PELAJAR YANG KURANG FAHAM MENGENAI SUBPTOPIK KLAUSA. KLAUSA YANG CIKGU TERANGKAN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH KLAUSA TIDAK BEBAS.
KLAUSA SEBENARNYA TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU KLAUSA BEBAS DAN KLAUSA TAK BEBAS. UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT SILA KLIK LINK INI
  https://app.box.com/s/sf6db005jqkw6alr5lsm 





Friday 14 October 2016

Selamat Datang Ke Blog Pendidikan Bahasa Melayu Cikgu Syarifah Mariam AlMazhir !


PENGENALAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pencinta bahasa dan sastera . Semoga anda semua berada dalam sihat wal'afiat . Blog ini adalah blog pendidikan dan di khaskan kepada subjek Bahasa Melayu. Saya merupakan mahasiswi AT05 atau lebih dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Pengajian saya disini selama empat tahun dan terima kasih diucapkan kerana mengunjungi blog ini . Doakan kejayaan saya !


TUJUAN

Tujuan blog ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu pada peringkat menengah atas iaitu Tingkatan Enam. Blog ini dapat memberi pengetahuan serba sedikit tentang subtopik-subtopik dalam subjek bahasa Melayu. Namun begitu, para pelajar perlu juga mencari sumber yang lebih utama seperti buku dan menjadikan blog Bahasa Melayu ini sebagai rujukan sampingan . 


HARAPAN

Harapan saya semoga blog ini bermanfaat dan dapat membantu anda bakal bakal pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu . Semoga cemerlang kita bukan hanya di dunia tetapi juga diakhirat . Selamat berjuang pelajar-pelajar Prauniversiti !

    Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI , Tanjung Malim .